Wednesday, December 15, 2010

bunga kertas

     Bunga kertas memang mudah didapati di Malaysia.
                                      Ini kerana,ia memang sesuai dengan iklim diMalaysia.


   PENGENALAN BUNGA KERTAS
         

 Pokok Bunga Kertas (bahasa Inggeris: "bougainvillea") mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular...Kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik.... Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvilla, pula dinamakan sempena nama Louis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis......

   





Biasanya bunga nie....akan menjadi penyeri laman bagi yang penggeakan bunga yang pelbagai warna dan yang akan sentiasa berbunga...Bagi penggemar bunga
                       kertas, mereka akan  menanam lebih banyak,bagi penduduk FELDA dan KAMPUNG 
                       menjadikan bunga kertas sebagai pagar......



Nama Biasa:Bunga Kertas
Nama Jolokan:Bunga Belulang
Nama Saintifik:Bougainvillea spp.
Nama Keluarga:Ncytaginaceae
Asal:Amerika Selatan, Brazil, Malaysia

MACAM-MACAM ADA











BUNGA KERTAS

Pokok Bunga Kertas  merupakan pokok yang mempunyai bunga yang cantik seperti kertas....Pokok Bunga Kertas (bahasa Inggeris: "bougainvillea") mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular....Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas.... .



   



Bunga kertas memang sesuai dengan iklim khatulistiwa,jadi bunga kertas nie.... banyak di negara Malaysia .
Penduduk Malaysia gemar akan bunga kertas kerana ia mudah dijaga dan mudah didapati .
Selaian itu, bagi penduduk FELDA dan KAMPUNG menjadikan tanaman bunga kertas sebagai pagar halaman mereka.Bunga kertas juga terdapat pelbagai jenis, rupa,bentuk dan macam2 lagi.



bunga ros

                                                                                                                                                         
    
Nama Tempatan:bunga ros jepun
Nama Saintifik:Portulaca Grandiflora
Nama Lain:bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh,moss rose, rose moss, sun plant,japanese rose, bunga gelang
Famili:Portulaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan hiasan
Asal:tumbuhan tempatan





keterangan:

Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya merah jambu, merah terang, putih , kuning, ungu dan oren. terdapat juga jenis yang mempunya campuran warna seperti merah jambu dan putih. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik. Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi. daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.

kegunaan:

Daunnya boleh digunakan untuk merawat luka ringan dengan cara dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang luka.

bunga raya

Fail:FeelinBlue01.jpg                                                         

       Bunga raya nie....bunga kebangsaan kita tau comel....... SO, kita kenalah menghargai bunga raya nie.
Selain menhargai tu.... kita kenalah tahu yang bunga raya nie banyak sangat jenis2nyer,macam2 bentuk,rupa, warna dan macam2 lagi.


Hibiscus Cina (Hibiscus rosa-sinensis L.; Keluarga Malvaceae) adalah pokok renek asal di barat Asia, juga dikenali sebagai mawar China dan bunga Kasut. Ia ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.
Pelbagai cultivars, varieties, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih

Pengunaan Bunga Raya dalam Landskap

01 Tanaman Pagaran
Pokok Bunga raya amat sesuai sebagai tanaman pagaran “ hedges” untuk dijadikan pagaran yang memisahkan ruang-ruang.

02 Pasuan
Bunga Raya susuai ditanam di dalam pasu kerana mudah diubahsuai mengikut hiasan dan keluasan tempat. Bunga Raya juga sesuai ditanam di dalam bekas penanaman serta ditempatkan di tepi jalan.

03 Lereng Bukit
Bunga Raya juga boleh ditanam secara tunggal atau berkelompok di lereng bukit.

04 Tunggal
Bunga Raya yang berbunga besar boleh ditanam sebagai bunga specimen secara tunggal di tempat tumpuan utama.

05 Berkelompok
Tanaman berkelompok juga sesuai bagi kawasan yang luas seperti taman dan pinggiran jalan.

06 Kombinasi
Kombinasi antara spesis bunga raya dan tanaman penutup bumi mewujudkan variasi warna yang menarik

07 Berbaris
Bunga Raya juga boleh ditanam secara berbaris di sepanjang siar kaki di taman

08 Topiari
Bunga Raya juga boleh dijadikan sebagai topiari mengikut bentuk yang ditetapkan

bunga orkid

         Hello..... eh lupa pulak ,macam cakap dalam telefon lak .OK, sekarang kita beri salam ASSALAMUALAIKUM ..........
   ERM......orkid sejenis tumbuhan yang unik dan cantik.Orkid nie.... ramai la... orang minat sebab ia sejenis tumbuhan yang ..... susah la nak kata sebabnya memang ia lawa.

bunga orkid



Bunga Orkid ini asalnya dari keratan yang diberikan oleh emak kawan isteri saya. Atau dengan lain perkataan seorang makcik yang menjadi emak angkat isteri saya di kawasan perumahan kami ini.

Emak angkat isteri saya ini memang penggemar orkid. Beliau peminat tegar dan mempunyai formula tersendiri bagi menyuburkan orkid beliau.